Total Pageviews

Friday 30 November 2012

OMAR - SCORR BAND

   
TERIMA KASIH KEPADA BROTHER OMAR SCORR ATAS KESUDIAN
 KEBERADAANNYA DI WAN WESTERN CENTRE. MUGO GELIS SUGEH YO...
GO JOWO..........




Filem 'Sugeh' terbitan Eeman Corporation Sendirian Berhad bakal menemui penonton di pawagam
BUAT kali pertama dalam industri, sebuah telefilem yang berteraskan kehidupan masyarakat Jawa bakal diterbitkan Eeman Corporation Sendirian Berhad.

Telefilem yang menggunakan 100 peratus bahasa Jawa itu bertujuan mengetengahkan keunikan masyarakat Jawa di negara ini. Menggunakan judul Sugeh yang bermaksud kaya, telefilem ini mendapat sentuhan pengarah Thorpe Ali.

Menurut Thorpe, Sugeh memberi gambaran kehidupan masyarakat Jawa yang terkenal dengan sikap rajin sehingga mampu mencapai kejayaan dan kekayaan.

"Menerusi telefi lem ini, kita cuba tunjukkan sikap sebenar masyarakat Jawa. Walaupun berlaku pertelingkahan, namun mereka tetap bersatu dan sangat menitik beratkan hal-hal agama," katanya dalam sidang media sempena pelancaran telefilem itu, baru-baru ini.

Jelasnya, walaupun pada awalnya telefilem ini untuk tontonan umum, namun bagi beri ruang masyarakat Jawa memiliki naskhah itu, pihaknya mengubah tayangannya secara terus kepada orang ramai menggunakan konsep wayang pacak.

"Dulu, konsep wayang pacak ini sangat popular. Jadi kita mahu masyarakat terus mengingati kewujudannya. Selain dapat menyaksikan telefi lem ini beramai-ramai, ia membantu memulihara budaya kita.

"Kita akan menjelajah beberapa negeri bagi mengadakan wayang pacak ini termasuklah di Selangor, Johor dan Selatan Perak," katanya yang turut memasarkan telefilem itu dalam bentuk DVD.

Sugeh bakal ditayangkan September ini membariskan pelakon komedi popular tanah air seperti Datuk Jamali Shadat, Harun Salim Bachik, Ruminah Sidek, Herman Tino, Ebby Yus, Omar Scorr, Amm Raja Lawak, Betty Banafe dan DJ Pool.

Menariknya, pihak produksi turut mengundang seorang pelakon dari Russia, Victoria Khan.

Sementara itu, Jamali berkata, beliau berbangga kerana Eeman Corporation sedia menghasilkan fi lem tersebut demi mengangkat warisan masyarakat Jawa.

"Ini adalah satu penghargaan kepada masyarakat Jawa, jadi anak Jawa tidak perlu malu mengakui bangsa dan budaya kita.

"Saya harap permulaan ini bukan pengakhiran, sebaliknya lebih banyak drama yang seperti ini dihasilkan," katanya.

3 comments:

  1. ni penyanyi kumpulan scorr ke bro? gua dah lupe la lagu2 hits dia....baru2 ni ade gak beli dvd SUGEH klu tak silap Omar SCORR pun ade berlakon kan dalam SUGEH? blh tahan gak citenye....gua bangga sebab gua pun org jawa... HIDUP ANAK ANAK JAWA SEMALAYA!!!
    nak tanye sikit bro....RIDS FOOD INDUSTRIES ni jual burger ke?

    ReplyDelete
  2. ya penyanyi kumpulan scorr...merangkap anak jawa..rids mmg jual burger ...mcm2 burger ada ...untuk keterangan lanjut boleh dtg ke wan western centre....

    ReplyDelete