Total Pageviews

Wednesday 5 December 2012

D'RAZ BURGER STATION


D'RAZ BURGER STATION bukan la nama yang asing bagi penggemar-penggemar burger di sekitar Lembah Klang. Ia dimiliki oleh seorang belia muda bumiputra yang berjaya membuktikan perniagaan jalanan mampu memberi pulangan yang lumayan...Selain itu, dapat memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang..
Pemiliknya brother Eddie telah lama berkecimpung dalam perniagaan ini dan memiliki beberapa buah stall burger sekitar lembah klang.

Siapa sangka pemilik gerai sebegini mampu memilki pendapatan setara dengan seorang pegawai bank berkelulusan universiti. Walaubagaimanapun, banyak rintangan dan halangan telah ditempuhi. Contohnya, kesukaran mendapat lesen berniaga,dihalau ibarat mykad kita berwarna hijau..Tapi itu semua tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perniagaan. Hari ini Brother Eddie adalah antara pemilik gerai burger yang agak berjaya di lembah klang.

Tetapi kita perlu berfikir berapa lama mereka boleh bertahan dengan kekangan Pihak Berkuasa Tempatan,kesukaran mendapatkan lesen , serta kos operasi yang semakin tinggi. Sepatutnya pihak kerajaan patut membantu mereka ini yang cuba untuk mengukuhkan prospek ekonomi negara. Beri mereka peluang agar mereka boleh pergi jauh dalam perniagaan ini.



No comments:

Post a Comment