Total Pageviews

Thursday 22 November 2012

KHASIAT DAGING ARNAB

Arnab ialah haiwan yang HALAL untuk dimakan, cuma segelintir manusia tidak sanggup untuk memakannya atas alasan seperti saya di atas ataupun mereka menganggapnya seperti kucing. Tetapi arnab ialah haiwan yang sama sekali tidak sama seperti kucing. Kucing mempunyai taring dan memakan daging. Jadi ianya HARAM dimakan. Arnab pula hanya memakan sayuran, buahan dan pellet, tidak mempunyai taring, berkaki pendek di depan dan panjang di belakang. Ciri-ciri ini menjadikan daging arnab HALAL dimakan asalkan ia disembelih mengikut cara Islam.
Berikut ialah antara fakta berkaitan khasiat daging arnab :-
Melalui buku ; Penternakan Arnab (MARDI, 1995) Kandungan daging arnab; Tenaga=160kcal, Crude Protein=18%, Lemak=7.1%, Air=71%, Kolesterol=136mg/100gm, Vit, mineral & asid amino.
Dalam ertikata lain daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi,kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah, mempunyai kandungan air  tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri
Daging arnab dapat merawat & mengubati
- masalah pencernaan kerana ianya mudah hadam.
- penyakit tekanan darah tinggi dan gout.
- penyakit demam malaria.
- penyakit asma
- masalah kencing tidak lawas (dagingnya yang dibakar)
- retak batu pada kemaluan.
- dapat mengemaskan perut yang gendut.
Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya dimakan hempedunya oleh wanita ianya baik untuk kesuburan

BURGER DAGING ARNAB BOLEH DIDAPATI DI WAN WESTERN CENTRE
HP 016 9171 463

No comments:

Post a Comment