Total Pageviews

Thursday 22 November 2012

FAKTA BURGER BAKAR




Pada masa kini makanan segera telah menjadi makanan yang mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat. Oleh itu, perniagaan yang melibatkan makanan segera adalah satu perniagaan yang membawa keuntungan atau pulangan yang lumayan.
Berdasarkan fakta di atas, syarikat Ridz Food Industries telah ditubuhkan untuk mengeluarkan produk makanan segera khususnya burger.Dengan memperkenalkan produk burger dengan kaedah penyediaan terkini menitik beratkan faktor kesihatan dimana burger tersebut dipanggang menggunakan batu-batu yang dipanaskan. Kaedah penyediaan ini, menghasilkan daging tanpa minyak yang lebih menyihatkan.
Umum mengetahui bahawa makanan segera khususnya burger adalah makanan yang popular dan mudah di perolehi di seluruh dunia.Fakta ini mungkin berlandaskan faktor rasanya yang enak dan juga cara penyediaan yang mudah dan ringkas.


Berlandaskan dari fakta di atas dan melihat kepada fenomena bahawa permintaan terhadap makanan segera seperti burger terus meningkat dari hari ke hari maka Ridz Food Industries sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya terus mengorak langkah menceburi perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis makanan segera dengan pengkhususan burger.

Dalam menzahirkan kesungguhan menceburi industri makanan segera ini, syarikat telah memperkenalkan penjualan burger melalui konsep Makan,Jual,Sihat.Untuk keterangan lanjut 016-917 1463

No comments:

Post a Comment