Total Pageviews

Monday 3 December 2012

RIDS FOOD INDUSTRIES MANAGING DIRECTORS


Wan Screen Adalah bekas pemain gitar utama Kumpulan Screen, pernah juga menjadi pemain gitar utama kumpulan Maharaja. Berasal dari Kelang, kemahiran bermain guitarnya memang tak dinafikan namun kini terlebih kepada Accoustic rock. Beliau merupakan Sound arranger untuk Album Maharaja. Pernah menghasilkan lagu-lagu yang masih terpahat di hati peminat sehingga kini.
 
Namun hari nama wan screen yang tersohor dengan kumpulan screen dan maharaja telah beralih ke dalam industri pembuatan makanan.Sebenarnya beliau telah menceburi bidang ini sejak sebelum bergelar artis lagi. Pahit manis bergelar seorang artis telah pun ditempuhi. Sekarang beliau terus melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi untuk memajukan syarikat rids food industries. Beliau dan kumpulan pengurusan,serta crew rids food industries akan memajukan dan memeriahkan industri makanan negara..Di sebalik penubuhan syarikat ini banyak rintangan dan kesusahan yang telah mereka hadapi.Tiada apa yang boleh menghalang kerana Allah akan berada disis hambanya yang berusaha , berikhtiar dan bertawakkal..

Rids food industries didukung oleh staf-staf yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Yang semuanya sama-sama ingin melihat syarikat ini berkembang terus dan mampu bersaing dengan pemain industri yang telah lama berkecimpung dalam industri ini.Alhamdulilah jutaan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana hari ini syarikat ini sudah mampu mengeluarkan produknya sendiri.

Ramai yang bertanya siapa yang berada di sebalik wan food industries namun wan screen ataupun Encik Ridzuan Rasol masih merahsiakan identiti mereka kerana apa yang penting adalah produk yang dihasilkan berkualiti dan mampu bersaing dengan produk lain di pasaran. Di harap orang ramai dapat memberi sokongan kepada produk melayu dan memartabatkan industri halal orang melayu di persada antarabangsa. AMIN YA RABBAL ALAMIN>>>>

No comments:

Post a Comment