Siapalah yang didalam dunia nie yang tak pernah dengar, tengok
atau makan burger?. Dari budak umur 3 tahun sampai atuk umur hujung2...
tu pun tau apa itu burger. Tapi berapa ramai yang tahu sejarah burger?
Oleh kerana saya memang berminat tentang food culture, history &
sebagainya, maka saya kongsi sikit maklumat yg telah dikumpulkan:
Sejarah
burger dikatakan bermula seawal 1210 pada zaman Gengkis Khan menakluk
dunia. Pada zaman tu askar2 khan banyak bergerak dari satu tempat ke
satu tempat dan banyak juga bertempur di kawasan2 pergunungan. Maka
mereka mencari satu alternatif makanan yang boleh membekal tenaga pada
askar2 ini pada masa yang sama cepat, ringkas dan mudah untuk dimakan.
Maka mereka pun membuat ketulan2 beef patties dari sumber lebihan
seperti lamb & mutton dan meletakkan di saddle mereka (mentah tau).
Bila mereka berperang, daging di biarkan disitu dan secara automotik
tenderizing proses terjadi, lepas aje habis diorg berperang (kalau hidup
lagilah), maka mereka ambil je daging tu teruslah dimakan..itu cerita
pertama pasal burger
Kemudian sejarah
bersambung pula dimana mereka sampai ke Russia (tapi zaman nie cucu dia
pulak yang berperang iaitu Kubilai Khan) dan kemudian rakyat Russia
telah mengcedok idea ini dan kononya mencipta hidangan mereka sendiri
iaitu steak tartar dgn menambah telur dan bawang cincang (ada sesapa
pernah makan tak?) sekali lagi tak dimasak hidangan ini...
Selepas
itu pada tahun 1600, masa tu zaman kapal-kapal berdagang maka sampai
kapal-kapal dari german ke Moscow dan mereka pun mengambil hidangan ini
balik ke German, diorg ubah lagi..tapi org German lebih kreatif maka
terciptalah macam burger versi Hamburg (mengambil nama port yg paling
terkenal pada masa itu), maka terciptalah Hamburg Burger. Burger ini
telah ditambah lagi dengan bahan-bahan lain seperti serbuk roti, rempah
ratus dan sebagainya. Bezanya kali ini burger ini dimasak!
Apabila
tiba ke kurun ke 18 dan 19, ramai immigant dari German telah berhijrah
ke Amerika, oleh kerana pada masa itu kehidupan mereka susah maka mereka
mengambil lebihan2 daging gred paling rendah dan murah dan mereka
membuat burger versi hamburg dgn meletak lebih banyak herba dan spices
utk menjadikan daging itu boleh dimakan (untuk hilangkan bau dan
sebagainya). Sekarang ini org German mengelar hamburg Burger ini '
Frikadelle'.
Namun dipercayai org Amerika lah
yang meletakkan dua keping roti diantara daging tadi dan mereka pula
mengakui bahawa burger itu adalah ciptaan Amerika. Sekaligus restoran2
burger milik mereka telah berselerakan di seluruh dunia masakini.
No comments:
Post a Comment