Total Pageviews
Saturday, 24 November 2012
Friday, 23 November 2012
DILEMA HALAL AMONG PKS/IKS
Meskipun baru saja membicarakan isu,
nampaknya isu ini berbangkit-bangkit tak kesudahan.
Baru saja dua hari yang lalu,
seorang pelanggan bertanya kepada seorang jurujual produk, "Mana logo
halalnya?"
Terpinga-pinga jurujual itu untuk menjawabnya. Yang dia tahu, produknya
dibuat oleh seorang muslim, bahan-bahannya juga tidak masuk dalam kategori
haram (sekadar tepung dan gula sahaja), tetapi bila dibungkus dan nak dijual,
itu pula masalahnya.
Mengapa produk muslim yang selama ini terjamin dari segi
bersih, elok buatannya, tiada unsur-unsur meragukan, tiba-tiba dipersoalkan
hanya kerana tiada logo "Halal". Apakah kini, logonya yang menentukan halal
haram, ataukah bahan-bahan dan cara-cara buatannya?
Inilah polemik yang
tidak berkesudahan selepas pengenalan logo halal dan dipopularkan oleh pihak
berkenaan kepada orang luar. Tidak kurang banyaknya ialah penyalahgunaan logo
halal di premis dan pengeluar bukan Islam dalam produk yang dikeluarkan.
Sementara peniaga Melayu, baik
pengeluar IKS (Industri Kecil Sederhana) maupun Syarikat persendirian ataupun
penjual kuih yang sekadar mendapat lesen perniagaan dan lesen Majlis Daerah
berada dalam dilema kerana barangan yang selama ini dijual dengan mudah tetapi
kini dipersoalkan pula oleh orang yang bermata "Logo Halal".
Semalam konsultan kami baru
selesai berborak dengan tiga daripada empat penyanyi kumpulan nasyid popular
tanah air. Ahli kumpulan Mestica itu banyak membicarakan tentang peranan
kumpulan nasyid dalam menyampaikan dakwah.
Apabila membicarakan
mengenai logo halal, merekapun turut menyatakan rasa kecewa terhadap natijah
pengenalan logo halal. Ini adalah kerana pelaksanaannya tidak mengutamakan orang
Islam dan tidak dipermudahkan.
Tidakkah di dalam surah Al-Insyirah,
Allah s.w.t. menyatakan supaya kita "mempermudahkan dan jangan menyusahkan."?
"Setahu saya, orang yang
menyarankan supaya diletakkan syarat agar kilang yang memohon sijil halal itu
mesti mempunyai sijil GMP terlebih dahulu juga bukannya datang daripada orang
Islam."
Mendengar keterangan
itu, kami menjadi lagi hairan dan aneh. Mengapa tidak? Kan yang mengeluarkan
sijil halal itu JAKIM. Jadi mengapa urusan pengeluaran itu diperketatkan? Kalau
ia diperketatkan kepada pengeluar atau pengusaha bukan Islam tentulah munasabah.
Tetapi mengapa orang-orang Islam menjadi mangsanya?
Hari ini pula, kami telah melawat sebuah perusahaan pengeluaran kerepek di sebuah
perkampungan di Banting. Perusahaan Kerepek Tradisional itu diusahakan oleh Puan
Hajah Yaumi bt Parijan.
|
|
Bahagian kilang dan pembungkusan di Perusahaan Kerepek Tradisional, Labohan Dagang. | |
|
Haji Sadeli sedang
meluahkan rasa kecewanya dengan peraturan-peraturan JAKIM yang
menyusahkan peniaga kecil-kecilan Islam sendiri.
|
|
Di sini, isu yang sama
dibangkitkan. Kata suaminya, Tn Hj Sadeli, ada pelanggan yang suka sangat
bertanya mengenai logo halal keluarannya. Sebelum logo ini dijaja oleh pihak
berkenaan, tiada orang persoalkan kehalalannya, tetapi bila logo halal
diperkenalkan, ia menjadi masalah pula.
"Apakah gula, garam dan
kerepek juga hendak dipersoalkan tentang halalnya?" soalnya dengan nada tidak
puas hati.
Sambil itu beliau memberi
air minuman keluarannya yang ada tiga logo, tetapi logo Halal dan GMP sahaja
yang tak ada. Konsultan lami minum air itu dan memangnya ia lazat, sihat dan
memuaskan.
Kata kami, "
Saya yakin produk tuan ini halal. Saya harap semua orang berfikiran seperti saya.
Dan kita sama-sama harus memilihnya sekalipun tiada logo halal."
"Inilah cara terbaik kita
bantu rakan niaga kita. Jika kita kenal siapa saudara Islam kita, kita tahu
barang apa halal dan haram dan bila kita tahu ia diproseskan mengikut cara yang
betul dan pemiliknya orang Islam, mengapa kita harus meraguinya lagi?"
Keduanya berkongsi
pandangan mengenai isu logo di samping cuba melihat cara terbaik bagi
menyedarkan masyarakat kita yang sudah jadi "fobia terhadap logo", sedang di
pasaraya hampir 90% produk yang dipasarkan yang berlogo halal bukannya milik
pengusaha muslim.
Kami turut
menyarankan supaya beliau membincangkan perkara ini dalam kesatuan
peniaga-peniaga Muslim. Saranan harus dikemukakan kepada badan berkenaan yang
selama ini terlepas pandang atau cuai dalam membela nasib peniaga Islam.
Pihak yang berkenaan harus
mempunyai prosedur yang lebih baik supaya logo halal itu bukan menjadi logo
keistimewaan pengusaha jutawan semata-mata.
Mereka harus memikirkan
kembali kriteria pemberian logo dan jenis-jenis logo. Mungkin ada logo halal
buat kilang GMP, ada logo halal untuk kilang tanpa GMP dan harus ada juga logo
halal untuk pengusaha muslim biasa.
Kami juga menyarankan
supaya suara-suara tuntutan dibuat seperti kesatuan CUEPACS, yang mana dengan
cara rundingan dengan pihak berkenaan CUEPACS telah berjaya membawa Perdana
Menteri sendiri turun padang dan meluluskan tuntutan mereka.
Kami percaya logo "Halal" ini
tidak wajar dijadikan sebagai suatu komoditi bagi pihak berkenaan memperoleh
wang ataupun dikenali orang. Jenama dan wang ringgit tidak harus menjadi
matlamat pihak berkenaan.
ISU HALAL
Sejak belum merdeka lagi, jika ia
berkait isu makanan, maka ianya sangat sensitif. Orang Islam kebanyakannya
akan mencari orang Islam juga yang menyediakan makanan. Demikian juga dalam
soal membeli haiwan sembelih, mereka akan melihat
siapa penyembelih dan penjualnya. Itu merupakan kriteria utama sebelum
kriteria lain
Dalam keadaan demikian, apabila kita membicarakan
tentang bisnes atau produk pemakanan, maka orang Islamlah yang menguasainya.
Orang bukan Islampun boleh membelinya kerana perkara dan syarat-syarat di
dalam agama Islam tidak menghalang mereka daripada melanggan, membeli
ataupun menggunanya.
Justeru, dalam bidang pemakanan, ekonomi orang Melayu
terbukti kuat dan utuh. Ini adalah kerana orang Melayu dan Islam sendiri
yang memberi keutamaan dalam melanggan dan membelinya untuk kegunaan, di
samping yakin ianya adalah halal.
Hari ini, apabila orang kita berniaga produk makanan,
terutama yang perlu dibungkus, ditinkan dan yang tahan lama (sudah tentu
termasuk restoran juga), apa lagi untuk
pasaran yang lebih luas, pelanggan dari kalangan kita sendiri mulai
mempersoalkan.
Di mana logo halalnya? Benarkah barangan keluaran
muslim ini halal? Begitu banyak persoalan dikemukakan terhadap keluaran
orang Islam atau bumiputera walaupun sebelum isu logo ini direka dan
dikomoditikan, barangan muslim tidak bermasalah untuk dipasarkan.
Bahkan dalam satu diskusi dengan beberapa peniaga
kecil, ramai pula yang berpendapat bahawa sekarang industri ini sudah jauh
diterobos oleh orang bukan Islam. Katanya, kita hanya juara dalam
mengeluarkan logo, tetapi yang banyak menikmati manfaatnya bukan orang kita,
juga bukan peniaga dan
industri kecil.
Dalam keadaan kita mengeluar dan menghantar produk
yang berlogo halal ke luar negara, pada masa sama juga segelintir pengeluar produk ini
menguasai pasaran tempatan yang dulunya dikuasai oleh orang-orang Islam.
Hal ini berlaku khususnya apabila kebergantungan
mendapatkan bekalan isirumah tertumpu ke pasaraya dan hipermarket. Demikian
diberitakan oleh seorang teman yang mulai akhir-akhir ini lebih suka membeli
barangan keluaran koperasi muslim.
Walaupun berita ingin mempercepatkan proses
mengeluarkan halal yang disampaikan semalam (laporan Berita Harian) baik,
namun ianya tidak mencukupi.
Rentetan dari itu, kita sekali lagi menyeru supaya
pihak berkenaan mempermudahkan pengeluaran sijil halal, kurangkan karenah
birokrasi dan utamakan orang Islam dalam pemberian sijil halal.
Ramai rakan-rakan juga menyarankan agar GMP itu tidak
menjadi syarat utama ataupun, JAKIM harus membuat kategori sijil halal,
iaitu untuk syarikat GMP dan juga bukan GMP.
Demikian juga penggunaan sistem online tidak harus
menjadi syarat utama dan wajib. Cara manual juga harus diteruskan bagi
memudahkan sebahagian peniaga yang sukar akses menerusi online. Jika tidak,
sebahagian lagi masyarakat peniaga yang tercicir.
Kita semua percaya, kalau sekadar ingin
mempercepatkan proses pengeluaran logo halal, ia tidak akan menyelesaikan
masalah. Ia tidak akan membantu peniaga dan pemilik industri kecil (demikian
juga restoran-restoran) yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu dan
Islam.
KELEBIHAN DAGING RUSA
KELEBIHAN DAGING RUSA
2) tinggi protein dan zat besi yang baik utk ibu mengandung & kanak-kanak
3) sumber vitamin B yang baik untuk tenaga dan jantung
4) mengandungi omega 3 yang baik untuk melancarkan peredaran darah
BURGER DAGING RUSA BOLEH DIDAPATI DI WAN WESTERN CENTRE
HP 016 917 1463
KEAJAIBAN DAGING BURUNG UNTA
Friday, April 2, 2010
RAHSIA DAGING BURUNG UNTA
Daging Burung Unta sebelum ini amat terkemuka dan dipercayai oleh masyarakat di Negara barat,seperti Afrika.Amerika Syarikat dan Negara-negara yang lain.Daging Burung Unta ini diburu oleh pemain-pemain sukan yang terkenal seperti juara tinju danpelbagai sukan lagi.Daging Burung Unta ini dipercayai oleh kaum Negara barat,menjauhi daripada penyakit lumpuh,mengurangkan penyakit gaut,menguatkan tulang dan urat saraf,menguatkan darah dan jantung serta menguatkan zakar bagi kepercayaan kaum di Afrika dengan menggunakan Daging Burung Unta ini dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit.Bagi kaum wanita pula,Daging Burung Unta ini dipercayai boleh menjaga tubuh badan seperti:
- awet muda
- Ketahanan badan
- Ketahanan mata
- ketahanan gigi serta Sendi-sendi tulang
- Sakit lutut dan sendi
- Ringan badan dan cergas
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Hilang keletihan
- Awet muda
- Lelah dan penat BURGER DAGING UNTA BOLEH DIDAPATI DI WAN WESTERN CENTRE 016 917 1463
Thursday, 22 November 2012
CARA BAKAR YANG MENYIHATKAN
Di wan western centre burger di panggang masak dengan menggunakan medium batu gunung. Dengan kepanasan yang tinggi dan stabil khasiat daging dapat dikekalkan. Kami tidak menngunakan arang kerana bimbang kandungan karbon dalam arang akan mengakibatkan simptom yang tidak baik untuk kesihatan.Dengan pengawalan suhu yang baik dan teratur akan terhasil, daging yang dipanggang masak di samping mengekalkan kesegaran serta mutu daging.
Subscribe to:
Posts (Atom)








